Dua warna nilah yg jadi theme colour bagi bilik ke3 dan ke4 rumah aku skrg. Pada mulanya aku tak berapa suka sangat ngan pastel colour tapi at the same time aku tak nak halang creativity org, aku pun dah janji akan support apa yg dorang nak buat, tp Alhamdullillah final product not bad, not bad at all. Ni semua preparation untuk kru Impiana datang ke rumah nanti, menurut Oda (bukan nama sebenar), ia akan dimuatkan kat isu bumper. Pearghh, bumper beb, bunyi cam hebat je. Tapi dalam hati risau gak, “suka ker dorang kat rumah aku nanti, takut syok sendiri je aku ni…”, kalau dorang tak suka, aku sekeh dahi Tedd, heh (dengan ijin dari El).
Sabtu 14 Jan tu pepagi aku dah minta bebudak ni siap, tak lah pagi manapun, jam 9 je. Aku kejutkan Amir lepas tu aku paksa Amir kejutkan Tedd ngan El. Destinasi pertama adalah kedai hardware yg jual cat. Bukan main lagi malam sebelum tu, eksited pilih warna itu dan ini, plan asal nak beli cat ICI (dalam hati aku mmg dah tau ICI ni mahal ya Rabbi, lagi-lagi warna pilihan dorang tu warna premium). Sampai kedai hardware di Melawati tu, terus pi kat section yg jual cat ICI, Amir pilih Zest Orange dan Tedd & El pilih Tropicana Green. Bila tokey kedai tu bagi tau price satu tin cat 5 liter tu RM88, aku dah rasa nak pitam. Tu blom nak beli berus dan lenlain. Aku pun ada budget gak, dalam poket duit tak banyak. Aku minta tokey tu rekemenkan cat yg hampir sama warna tapi murah skit… apa jenama tah, tapi price oklah, untuk satu bucket 7 liter baru RM44. Beli berus roller, tray, kayu dan masking tape, total dah RM109. Win-win situation. Yg nak green tetap dapat green, yg nak orange tetap dapat orange dan aku tetap dapat belikan dorang benda tu dalam budget aku.
Masa balik, singgah brunch (breakfast + lunch) kat warung berdekatan station minyak BP Melawati makan nasi lemak… Tedd sorang je makan lontong. El blanja, aku hanya topup sikit. Masa balik tu sempat round-round kat area parking yg abang-abang driver lori sewa lepak, drive pelan-pelan macam nak cari mangsa, dua kali round plak tu, dah lah keta aku penuh ngan manusia-manusia yg terasa diri mereka terlalu ‘can-do’… uish aku terasa cam bapak ayam buat marketing cari client, tengah hari panas terik. Tapi itu bukan sebabnya aku kemari. Aku selambakan diri bertanyakan kat sorang abg ni, dia gelarkan diri dia Hussein Lorry. Tanya punya tanya brapa price untuk angkut barang dari Gurney Heights ke Sri Ledang, dari Sri Ledang ke AU4, dari AU4 ke AU3 dan termasuk upah dua org pembantu. Kira punya kira, dia cakap “RM350!” Makaaihh, dalam hati aku cakap “mahalnya!” lagi mahal dari harga furniture yg bakal di angkat tu. Takpa, aku ambil no fonsel Abg Hussein Lorry at the same time aku minta El salin beberapa nombor lain yg terpampang kat signage berdekatan. Takpa, buat masa ni aku lupakan dulu pasal nak sewa lori. Macam lari budget teramat.
Dari Melawati terus balik ke Sri Ledang. Dalam hati dah eksited nak mula mengecat. Dorang kemaskan bilik kasi clear untuk mengecat. Aku siapkan diri sebab tengahari ni aku ada klas mengajar. Aku mulakan upacara mengecat kat bilik El & Tedd. Cantik gak, green tu tak lah nampak striking mana pun, serta merta aku nampak bilik tu glowing mcm krypton, kalau Clark Kent datang sure forbia masuk bilik ni. Dalam rancak mengecat, El & Tedd ‘berperang’ sindir menyindir ngan Amir, celen bilik siapa lagi anggun, dan bilik siapa lebih ‘paria’… perang dingin tu tak abis-abis dari tengahari tu di bawalah sampai ke malam. Suka gak tgk perangai dorang tu, aku ni dah macam ibu tunggal yg cuba nak ambil hati kedua-dua anak yg empunya bilik ni, tak nak ‘bias’, yg ni pun aku suka, yg sana pun aku suka. Aku no choice, canteek tak canteek pun, dah tentu tu rumah aku kan.
Jam 1:50 tghari lepas mandi dan sembahyang Zohor aku parmisikan diri nak ke kelas. Rasa malas nak pergi, tapi ni tugas beb, sebab income part time ni yg boleh survivekan aku menghadapi hari-hari mendung mendatang. Kelas hari ni seminar pasal research hi-rise. AJ mulakan dulu, aku tgk mamat ni mmg talented lah, cakap pun lancar, presentation format pun menarik, gaya pun macam ‘adik-adik’ tapi tak lah patah mana. Dari gaya dia aku boleh agak dia ni mmg power design. Well done. Tapi lepas tu, group yg lain, hambar, slow, terasa berjalan lambat masa ni. Aku tak abis-abis berbalas sms ngan El tanya pasal keadaan rumah, status terkini sampai habis credit. Aku letakkan El jaga rumah tu kalau aku tak ada, sebab antara dorang tu, El yg tua. Aku dismiss kan kelas jam 5.45ptg. Memandangkan credit dah abis, on the way balik, aku pi ke Setapak beli topup rm50. Aku call El cakap aku dah dapat org yg boleh sewakan lori RM150 je. Jadi petang ni gak kalau boleh nak pindahkan barang pun. Aku buat perancangan yg impromptu, aku singgah Sri Rampai beli cat putih 1 liter dan berus, lepas tu ambil El dan Tedd kat Sri Ledang untuk dibawa ke Gurney Heights. Dalam perjalanan, El storylah crita dia sikit pasal rumah Gurney Heights ni, mak angkat, abang angkat dan kakak angkat dia tu tapi aku tak yah critalah kat sini, story El tu sekadar untuk info aku je lah.
Berbalik kepada crita lori, Abg lori yg aku contact ni, aku kenal dari Ustaz yg tolong renovate opis hari tu. Sampai je kat Gurney Heights, El terus naik kemaskan barang dia, aku ngan Tedd pi tunggu lori tu kat guard house. “B9-1”aku bagitau kat pak guard no rumah El untuk kepastian mana lori tu nak pergi. Lama gak menunggu adik aku sorang ni berkemas, tapi aku tak salahkan dia, sebab dah mmg petang ni cukup impromptu. Bukan apa, aku rasa lagi elok settlekan benda ni cepat-cepat, aku bukan ada banyak pun waktu lapang di hari lain, esok ahad dah tentu aku ada kelas mengajar. Sementara menunggu El siapkan dan kemaskan harta yg dikumpulkannya sejak 3 tahun bermastautin di KL tu, aku sempat borak ngan abg driver lori, entah apa ler namanya, lupa nak tanya. Dari perbualan yg nampak kosong ni sebenarnya penuh dengan projek-projek bernilai ratusan jutaan ringgit. Abg ni kerjaya sebenarnya kontraktor dan developer, ala kecil-kecilan katanya, tapi dia ada ramai contact yg interested nak join venture dengan dia, termasuklah satu projek kat Bakun. Aku dengar pun teruja jadinya. Dalam kegawatan takda projek ni masih ada lagi org beriya-iya nak buat projek. Baguslah tu, bagus untuk opis aku, bagus lah untuk aku. Aku suwuh abg tu talk bisness ngan bos aku, jadi adalah rezeki untuk kami staf-staf yg makan gaji ni.
Satu-satu barang kepunyaan El mula memenuhi ruang lobi block B tu, aku serius tak sangka begitu banyak rupanya barang El. Tempoh hari masa aku pergi usha blik dia, tak lah nampak banyak tu pun barang-barang dia. Rupanya kebanyakkannya dia cakap sorok bawah katil. Patutlah patut. Bila tilam El menjelma kat area menunggu tu, ibarat masuk ke kelas geografi, study bab atlas dunia, heks… paham-paham jer lahkan. Dah tilam org bujang, lelaki plak tu. Dalam menunggu tu tadi aku sempatlah belek 2 album gambar kepunyaa El. Gambar masa dia baby, masa dia pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah. First time aku tengok gambar ayah El, mmg El mirip muka ayah dia pun. Selain tu, pelbagai versi El dengan gaya rambut berlainan, maklumlah zaman sekolah dan meningkat remaja. Paling tak boleh dilupakan style rambut belah tengah, skima pulak nampaknya. Satu perkara yg tak berubah pada El adalah senyuman dia tu, apa yg korang tengok cara dia senyum sekarang, samalah senyum dia dari kecik dulu, mmg sweet pun smile dia ni, oppss (sorry bie eh Tedd, aku sekadar memuji je). Bagi K, K akan ingat El sebagai seorang yg sememangnya pemurah dengan senyuman ‘killing me softly’ dia. Wah gitu.
Kita lupakan crita senyuman El, kita teruskan dengan proses hijrah dari rumah ke rumah pula. Lepas dah di‘uploadkan’ furniture yg besau-besau kat lori dan bembarang yg kecek-kecek kat kereta aku, kita bergerak ke Sri Ledang. Proses memindahkan barang tadi ke rumah aku tak lah rumit mana, yg rumitnya adalah proses mengeluarkan almari kedabak dari bilik 3 tu untuk dibawa naik ke lori. Kalau suwuh El, Tedd dan Amir alihkan almari tu, sure gitu lah juga keadaannya, yg nampak beralih pun sure pintu almari tu, buka tutup, heh jangan marah ye. Sebab tu aku upah 2 org yg uruskan pengalihan almari ni. Jenguh aku tengok. Ruang tamu dan dinning rumah aku dah macam dilanggar ‘geroda’… mana karpet, mana kerusi makan, mana meja… tunggang langgang semuanya. Agak macam dah berjaya usaha mengalihkan almari tu ke lori, kita berempat siapkan diri ke tempat lain pulak, aku dropkan Amir kat Carrefour sebab dia nak beli bunga. Aku bawa El ngan Tedd ke rumah AU4, destinasi dimana almari berat tu akan berada, iaitu di dalam bilik lama gwe. Aku sempat tunjukkan kat dorang betapa canteeknya bilik Allod adik aku tu. Tedd suka banget katanya. Heh mestilah, aku yg design bilik tu juga, ‘see the leg lah’ guys. Kat rumah ni sekejap jer, sebab ada satu destinasi lagi yg perlu dituju… rumah Tedd kat AU3. El pemurah hatinya kesian melihat bie dia dah takda katil, maka dia pinjamkanlah katil itu buat tempat beradu si Tedd. Lepas semua dah settle, aku serahkan RM150 kat abg lori tu. Smoga ada masa kita jumpa lagi yek.
Aktiviti malam ni tak berakhir disini, sebab lepas ni aku kene ambil Amir pulak sebelum patah balik ke AU4 nak kemaskan bilik lama aku tu, Sat lagi Pokde aku nak datang. Nak bawa pi tido rumah aku, keadaan tengah kelam kabut, so takda pilihan, kenelah kemaskan bilik tu juga. Mujurlah (skimanya ayat) aku punyai pembantu bernama El, Tedd dan Amir yg sudi meringgankan beban mengemas bilik tu. Apa yg termampu je kami buat. Memandangkan lepas ni aku kene pi jemput Pokder kat LRT Wangsa Maju, aku tak boleh berlengah lagi, aku hantar dorang balik ke Sri Ledang dan aku terus mengarah ke Putra Station. Pokde baru sampai dari JB, esok dia ada kelas kat UTM Semarak juga. Dalam perjalanan aku borak pasal crita aku nak jadi full time lecturer kat UTM, jadi mintalah Pokder dan Mokder aku tolong, nak cepatkan proses interview ke-2 di Skudai tu. Sampai AU4 Allod dah ada kat rumah, ha bagus, boleh temankan Pokder. Aku minta Allod antar Pokder ke Semarak pagi esok. Dah bersalam aku pun balik ke Sri Ledang. Huh penat tul hari ni. Sampai je ke rumah, aku dah rasa macam nak labuhkan diri ke katil aku. Tapi tak jadi, sebab perasaan teruja nak tengok hasil kerja bebudak tu mengecat bilik mereka mengatasi rasa penat diri ini. Kesan lampu side table tu mmg menghidupkan suasana kedua bilik tu, baik yg El mahupun yg Amir.
Cara kemuncak malam ni adalah supper nasi goreng El masak yg dibantu oleh Tedd, nasi goreng yg pada lidah Amir tak memberikan rasa apa-apapun. Mula Amir nak tambah kicap, tapi keadaan fizikal botol kicap tu yg diragui tak menjaminkan kesihatan, lalu dia taburkan garam. Yang aku pulak, tambahkan cili padi untuk menaikkan rasa nasi tu. Walau apapun rasa nasinya, tetap licin beb. Laparlah katakan. Dalam sesi makan, kita sempat lah borak dua tiga perkara. Kegatalan Amir pada yg memasang mp3 suara org mengilai, telah membawa sesi perbualan malam tu di penuhi cerita hantu. Mula-mula takut nak cerita, last-last jadi layan plak dengar. Sorang-sorang dengan crita seram dorang. Jam dah tunjuk jam 3 pagi. Amir suggest nak pasang crita ‘She’s All That”, the only crita remaja Amerika yg ada dalam koleksi dvd aku. Untuk pengetahun, hmm hmmm, crita ni Fav aku dan juga Tedd. Yg buat aku suka crita ni adalah disebabkan ke’kiut’an Rachel Leigh Cook yg masa ni masih slim lagi. Tak sampai 15 minit crita ni mula, sorang-sorang dah mula melangkahkan kaki masuk bilik untuk tidur. Mula El, lepas tu Tedd (ha mestilahkan, itu signal lah tu, kalau tak sure Tedd kene tidur ruang tamu malam ni :-), lepas tu aku dan last sekali Amir. Aku yg beriya-iya pada mulanya nak mandi, terlelap terus sampai lah ke subuh. The end.